Posted by: mppusm | November 23, 2010

Respon terhadap artikel “Mana Mahasiswa Bantu Mangsa Banjir”

Banjir yang melanda di beberapa kawasan di Kedah, Perlis dan Kelantan telah menyebabkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut telah mengalami kerugian yang besar tidak kurangnya juga ada keluarga yang telah mengalami kematian ahli keluarga mereka. Banjir besar yang melanda ini adalah antara yang terburuk yang pernah dialami oleh rakyat Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan pantas dan segera dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang berada di Kedah dan Perlis.

Selepas itu, kita dapat melihat ramai pihak yang memberikan bantuan termasuklah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik. Usaha yang ditunjukkan ini menunjukkan bahawa kita walaupun berbeza ideologi tetapi apabila munculnya isu-isu yang berkaitan dengan kemanusiaan, kita akan bersatu.Tetapi satu persoalan telah ditimbulkan oleh saudara Jabdin Juhat pada artikel beliau dalam Sinar Harian yang bertarikh 18hb November pada muka surat N16  yang bertajuk “Mana Mahasiswa Bantu Mangsa Banjir” (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8417852.asp ).

Saya begitu terkejut membaca artikel tersebut kerana ia menggambarkan mahasiswa pada hari ini seperti tidak melakukan apa2 terhadap isu-isu semasa yang berlaku di tanah air kita ini. Saya melihat terdapat dua perkara penting dalam artikel ini, yang pertama adalah berkaitan dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan yang kedua adalah berkaitan dengan isu banjir yang melanda kawasan utara baru-baru ini.

Persoalan pertama yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan hala tuju Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sekarang. Saya tidak pasti sama ada saudara Jabdin ini  membaca surat khabar ataupunmendapat sumber daripada pemimpin mahasiswa sendiri berkaitan tentang mesyuarat MPPK pada 6hb Ogos 2010 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri iaitu Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yasin. Dalam mesyuarat tersebut terdapat lima kertas kerja yang telah dibentangkan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan iaitu “Siaran Televisyen Sebagai Medium Pembentukan Masyarakat” , “MBE: Satu Transformasi Ketidakbergantungan Mahasiswa” , “Pelan Transformasi Drastik Ke Arah Melahirkan Masyarakat Yang Sensitif Dan Cakna Isu-Isu Alam Sekitar” , “Transformasi Pendidikan Tinggi Ke Arah Graduan Berketerampilan” dan “Memperkasakan Program Pertukaran Pelajar – Outbound & Inbound”.

Selain itu satu seminar iaitu Seminar Islamisasi Industri Hiburan 1 Malaysia yang berkaitan dengan islamisasi hiburan  tanah air juga telah diadakan  anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Unisza dengan kerjasama MPPK pada bulan Oktober yang lepas. Selain itu, kami juga telah bersetuju untuk melakukan kutipan derma bagi membantu penduduk Palestin dan kutipan derma tersebut diserahkan mengikut universiti masing-masing.  Kami juga ada menyuarakan kepada pihak-pihak kerajaan berkenaan isu-isu PTPTN, 1 Malaysia, Bajet 2011, mahasiswa berpolitik dan lain-lain lagi.Tetapi yang pastinya, apa yang kami lakukan ini bergantung juga kepada media untuk menyiarkan perkara-perkara yang dilakukan oleh kami ini.

Saya dan rakan-rakan pemimpin mahasiswa tersenyum apabila membaca tentang isu banjir dalam artikel tersebut . Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa kami mahasiswa seperti tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Untuk pengetahuan semua, beberapa university telah menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis walaupun ada kekangan seperti masih dalam minggu peperiksaan dan pelbagai lagi. Universiti-universiti yang terlibat dalam menghantar sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa ini seperti USM, UIA, USIM, UUM, Unimap, Uitm, UPM dan beberapa buah universiti lagi.Sebagai contoh Universiti Sains Malaysia telah menghantar sukarelawan seramai 120 orang walaupun masih dalam minggu peperiksaan pada 12-14 November baru-baru ini ke negeri Perlis. Universiti Islam Antarabangsa pula telah menghantar sukarelawan sebanyak dua bas  pada tarikh yang sama  ke kawasan sekitar Jitra dan Alor Star. Adakah ini menunjukkan kami tidak peka dengan keadaan sekeliling?

Saya mewakili kepimpinan mahasiswa berasa begitu terkilan dengan beberapa ayat dalam artikel saudara Jabdin yang memberikan gambaran negatif kepada semua mahasiswa. Pada pandangan saya, peranan media juga penting dalam hali ini. Jika saudara Jabdin mengatakan bahawa kami perlu berbakti supaya masyarakat dan kerajaan menghormati mahasiswa, saya juga ingin mengatakan kepada saudara supaya menghormati mahasiswa sebagai salah satu elemen penting dalam pembangunan negara pada masa hadapan.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

Jurucakap,

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK),

Sidang 2009/2010.

YDP MPP USM sidang 2009/2010.

Advertisements

Responses

  1. ngarut saja kawan kita yg komen pasal student yg tak bantu banjir. uum telah terlibat dengan kekuatan 450 student secara berkala hingga tamat cuti semester mereka tanpa harapkan sesen pun. palapes uum turut bekerjasama memasak dan bersama bantu urusan logistik dan pelbagai lagi, ini semua komen di akbar yg tidak mengikuti perkembangan semasa,maklum


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: