S
Masalah PTPTN pelajar-pelajar tahun kedua.. MPP telah mengambil tindakan…
•July 25, 2009 • Leave a CommentOleh sebab wang PTPTN bagi pelajar tahun kedua belum dikeluarkan oleh pihak PTPTN, maka MPP telah mengambil tindakan dengan menghantar surat secara terus ke pejabat PTPTN. Alasan yang diberikan oleh pejabat PTPTN ialah kerana terdapat beberapa masalah teknikal dalaman. MPP sangat kecewa dengan kesilapan ini dan menggesa PTPTN untuk mempercepatkan pengeluaran wang PTPTN kepada pelajar-pelajar tahun kedua memandangkan sudah 3 minggu minggu pembelajaran. Diharap pelajar-pelajar tahun kedua bayak-banyak bersabar menghadapi keadaan ini..
Kaunter MPP USM mendapat sambutan…
•July 25, 2009 • Leave a CommentPada 21 – 24 Julai yang lepas, MPP telah membuka kaunter di foyer DK H. Antara perkhidmatan yang disediakan di kaunter tersebut ialah pendaftaran Sahabat MPP, pendaftaran lesen memandu , perkhidmatan pertanyaan dan lain-lain. Kaunter tersebut menerima sambutan yang menggalakkan dan pihak MPP berjaya menarik ramai pelajar antarabangsa untuk menyertai Sahabat MPP. Terima kasih kepada semua yang telah memberi kerjasama.

Banner kaunter MPP
Selain itu, persatuan-persatuan di USM telah bekerjasa dengan MPP untuk menganjurkan Minggu Persatuan Bersama Siswa. Sepanjang minggu tesebut, persatuan-persatuan di USM membuka kaunter di sepanjang foyer DK untuk tujuan pendaftaran kepada ahli baru. TNC BHEPP, Profesor Omar Osman telah melawat kaunter-kaunter tersebut pada 22 Julai 2009. TNC memuji idea-idea kreatif yang telah dilakukan oleh persatuan-persatuan untuk menarik siswa baru menyertai persatuan-persatuan di USM. Beliau juga berharap agar persatuan-persatuan di USM lebih banyak menjalankan program yang melibatkan universiti-universiti di luar negara. Syabas diucapkan kepada semua persatuan.

8 TERAS 1 MALAYSIA
•June 29, 2009 • Leave a Commentoleh: YAB DATO’ SERI NAJIB TUN RAZAK
1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Mat;amat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.
8 NILAI-NILAI 1 MALAYSIA
- Budaya kecemerlangan
- Ketabahan
- Rendah hati
- Penerimaan
- Kesetiaan
- Meritokrasi
- Pendidikan
- Integriti
Tahniah dan Selamat Datang Mahasiswa Baru Universiti APEX
•June 27, 2009 • 2 CommentsAssalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada bakal-bakal penuntut Universiti Sains Malaysia, Universiti berstatus APEX pertama negara kita. Terlebih dahulu saya selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua barisan Majlis Tertinggi dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar USM ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada saudara/i kerana berjaya menjadi sebahagian daripada warga Universiti Sains Malayasia. Kami juga mengalu-alukan kedatangan saudara/i ke menara ilmu yang dibanggakan oleh seluruh warga kampus ini. Untuk pengetahuan saudara/i, Majlis Perwakilan Pelajar USM dan pelajar-pelajar lain amat menanti-nantikan kehadiran saudara/i ke universiti ini. Sehubungan dengan itu, kami telah bersedia untuk menyambut dan membantu saudara/i apabila sampai ke universiti yang tercinta ini.
Saudara/i yang saya hormati sekali, pengalaman berada dan belajar di Universiti Sains Malaysia merupakan satu pengalaman yang amat menarik. Universiti Sains Malaysia juga dikenali dengan Universiti Dalam Taman. Gelaran Universiti Dalam Taman ini amat sinonim dengan universiti yang mempunyai diverisiti dalam pelbagai aspek. Disamping itu, Universiti Sains Malaysia mempunyai pelbagai pencapaian yang amat membanggakan kami iaitu penarafan Universiti APEX pertama negara, universiti bertaraf 5 bintang,pemenang Branding laurete award dan pelbagai lagi. Saya yakin dan percaya bahawa kesemua pengiktirafan ini tidak akan universiti kecapi tanpa prestasi yang terbaik yang telah univerisiti lakukan.
Kami daripada Majlis Perwakilan Pelajar mewakili semua mahasiswa/i mengharapkan saudara/i membawa satu semangat yang dapat kita gunakan bersama-sama dalam menjunjung aspirasi universiti .
MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK
1 SISWA 1 MALAYSIA 1ASPIRASI
Mohammad Shafiq Bin Abdul Aziz
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Sains Malaysia 2008/2009
019-4462784
Aktif tapi tak dapat Desasiswa?!!
•April 11, 2009 • 1 Commentanda aktif tapi tak dapat desa dan rasa teraniaya??? jom kita ramai2 serbu kaunter MPP+MPD ahad ni..
AHAD(12 APRIL 09)
11PG-2PTG SAHAJA
DI KAFE DESASISWA MASING2
nak buat apa kat situ??
enang jek.. korg hanya perlu isi borang soal selidik n hasil data akn kami bawa ke dlm mesyuarat pngurusan universiti utk tindakan selanjutnya..
bantulah kami utk bantu anda…^^
dan kami akan cuba sedaya upaya membantu anda….
KURSUS BINA NEGARA
•April 8, 2009 • Leave a CommentPada 20 hingga 23 Mac 2009 yang lalu, 3 orang wakil MPP USM iaitu Mohamad Syafiq Bin Abdul Aziz, Muhammad Solihin Bin Mohd Razali dan Abdul Wafi Bin Sahedan telah dihantar ke Kem Bina Negara Besut Terengganu untuk menjalani Kursus Bina Negara.
Kursus ini dijalankan oleh Biro Tatanegara dari Jabatan Perdana Menteri khusus untuk wakil-wakil MPP daripada semua IPTA di Malaysia. Antara aktiviti yang disediakan adalah ceramah dan aktiviti Latihan Dalam Kumpun(LDK). Ceramah pertama berkisar tentang ‘Politik Matang’ oleh Ustaz Rujhan Haji Abdul Rahman yang kemudiannya disambung oleh Encik Azmi dengan ceramah yang bertajuk ‘Ancaman Keselamatan Dalam Negara’.
Ceramah terakhir pula bertajuk ‘Mahasiswa dan Politik Kampus’ disampaikan oleh Encik Azrinizam Ibrahim. Terdapat 9 sesi LDK disediakan dan setiap kumpulan kecil diketuai oleh seorang fasilitator yang mantap pemahamannya tentang isu kenegaraan dan motivasi. Dalam sesi LDK, setiap peserta bebas mengeluarkan pandangan dan idea. Ini dapat menggalakkan perkongsian idea di antara wakil-wakil MPP daripada IPTA yang berlainan.
Program ini amat berkesan dalam menggalakkan percambahan ilmu serta menggilap semangat berkumpulan. Ia juga dapat meningkatkan tahap penghargaan terhadap negara serta pemahaman tentang sistem pemerintahan di negara kita. Di samping dapat menyedarkan MPP tentang tugas dan tanggungjawab sebagai mahasiswa ia juga dapat mengeratkan hubungan di antara universiti di Malaysia.
Oleh itu, MPP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang dan kemudahan bagi mengikuti program ini.
TAHNIAH USM
•April 8, 2009 • Leave a Comment31 Mac 2009-Grand Ballroom, Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur
Tahniah kepada USM kerana telah dinobatkan sebagai jenama terbaik dalam bidang pendidikan tinggi dan menerima Brand Laurette Award 2008-2009.
Brand Laurette Award 2008-2009 merupakan satu anugerah untuk menghargai jenama terbaik antara yang terbaik di Malaysia dan seluruh dunia. Ia merupakan satu-satunya anugerah yang diiktiraf oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Ia diberikan kepada mereka yang menunjukkan peningkatan prestasi dalam penjenamaan serta menepati kriteria-kriteria yang telah di gariskan oleh Asia Pacific Brands Foundation, (APBF).
Pemenang dipilih berdasarkan 300 mata pemilihan yang menggariskan beberapa kriteria termasuklah strategi jenama, budaya jenama, hubungan jenama berintegrasi, ekuiti jenama dan prestasi jenama. Anugerah ini dinaungi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengasas jenama Asia Pasifik dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Elyas Omar.
Tahniah diucapkan sekali lagi kepada pihak universiti kerana telah berjaya menempatkan Universiti Sains Malaysia sebagai universiti terbaik dan mendapat pengiktirafan yang begitu membanggakan.
Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir !!!!
•April 7, 2009 • Leave a Comment
MPP USM 08/09 ingin mengucapkan semoga berjaya kepada mahasiswa mahasiswi USM dalam peperiksaan akhir semester ini. dan Selamat bercuti !!!!
SELANGKAH KAKI KE PARLIMEN
•March 28, 2009 • 1 Comment|
|
MPP USM telah berkesempatan menyaksikan secara langsung pembentangan Bajet Mini oleh Datuk Seri Najib Razak di dalam Dewan Rakyat.
Sebanyak RM 60 bilion telah diperuntukkan bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifatkan antara yang paling teruk dalam tempoh 70 tahun.
Terdapat empat teras yang dititik beratkan dalam peruntukan Bajet Mini.
- Teras pertama,sebanyak RM 2 bilion diperuntukkan dalam mengurangkan pengangguran dan menambahkan peluang pekerjaan.
- Teras kedua, sebanyak RM 10 bilion diperuntukkan untuk meringankan beban rakyat, terutama golongan mudah terjejas.
- Teras ketiga, sebanyak 29 bilion diperuntukkan dalam membantu sektor swasta menhadapi krisis ekonomi.
- Teras keempat, sebanyak 19 bilion diperuntukkan dalam membina keupayaan masa depan.
Mudah-mudahan dengan segala peruntukan dalam Bajet Mini akan membantu rakyat negara dalam menghadapi krisis ekonomi dalam dunia ini.
