Merujuk kepada memorandum yang telah dihantar oleh Pro-Mahasiswa Nasional  pada tarikh 28hb Januari 2011 kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan dengan 8 tuntutan mereka terhadap Pilihan Raya Kampus (PRK) 2011, saya melihat ia sebagai satu permainan politik murahan yang cuba dilaung-laungkan  oleh pihak pembangkang ini. Permainan ini boleh diibaratkan umpama “lagu lama penyanyi baru”.

Tuntutan-tuntutan mereka ini tidak ubah seperti mencetuskan polemik dalam politik kampus walhal tuntutan-tuntutan yang dikemukan oleh mereka ini  sebenarnya menunjukkan siapa diri mereka sebenar. Tuntutan pertama mereka adalah berkaitan ‘ Bebaskan mahasiswa daripada cengkaman politik kepartian’. Saya tersenyum apabila melihat tuntutan pertama ini kerana mengingatkan saya terus pada Hari Konvokesyen di Universitit Malaya (UM). Pro-Mahasiswa Universiti Malaya pada waktu tersebut bersama-sama seorang Ahli Parlimen di kawasan Lembah Pantai membuat kecoh dengan membawa budaya politik luar ke dalam kampus pada waktu tersebut. Jadi,siapa sebenarnya yang menimbulkan isu tentang cengkaman politik kepartian dan kemudian menjadi jaguh untuk memperjuangkan isu tersebut.

Tuntutan kedua pula berkaitan tentang ‘Kembalikan semula demokrasi dan kebajikan mahasiswa di seluruh kampus’. Saya melihat dalam tuntutan ini terdapat 2 intipati yang penting iaitu pertama ialah berkaitan dengan kembalikan semula demokrasi di seluruh kampus.Saya berpendapat bahawa perkara ini sepatutnya tidak timbul kerana Pilihan Raya Kampus (PRK) yang telah diadakan sejak sekian lama ini adalah lambang demokrasi di kampus.Setiap mahasiswa ada hak untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan dan jangan hanya disebabkan calon-calon Pro-Mahasiswa tidak dipilih sebagai Majlis Perwakilan Pelajar, terus kita katakan tidak ada demokrasi dalam kampus.

Kedua, berkaitan dengan kebajikan mahasiswa di kampus. Saya ingin terangkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar di seluruh kampus telah berusaha untuk memastikan bahawa kebajikan mahasiswa di kampus terjamin. Saya ingin menarik perhatian di sini, kenapa di segelintir universiti, terdapat 2 Majlis Perwakilan Pelajar yang wujud?Satu adalah Majlis Perwakilan Pelajar yang sah dan lagi satu dikenali sebagai Majlis Perwakilan Mahasiswa Pro-Mahasiswa. Saya melihat ini adalah satu fenomena yang tidak sihat daripada pihak Pro-Mahasiswa sendiri.

‘Pusat Pengundian harus ditukar dari kolej ke fakulti’ adalah tuntutan ketiga oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional.Secara asasnya saya melihat rasional yang dilakukan oleh pentadbiran universiti dengan meletakkan pusat pengundian di kolej kediaman adalah untuk memudahkan mahasiswa/I untuk turun mengundi berbanding diletakkan di fakulti.Hal ini kerana jarak yang jauh antara kolej kediaman dan juga fakulti ini jugakadang-kadang  menyebakan mahasiswa/I akan berasa berat untuk turun mengundi di fakulti berbanding di kolej kediaman.

Tuntutan keempat adalah berkaitan dengan ‘Suruhanjaya bebas memantau perjalanan pilihan raya kampus’. Saya melihat perkara ini adalah tidak perlu untuk kita melantik sebuah suruhanjaya bebas bagi memantau perjalanan pilihan raya kampus di semua kampus. Sudah memadai dengan adanya suruhanjaya pilihan raya kampus. Saya melihat jika kemenangan itu tidak dimiliki oleh Pro-Mahasiswa,maka kecohlah satu negara dengan mengatakan pihak universiti itu zalim dan tidak telus walhal jika mereka pula yang menang, mereka tidak pula berkata apa-apa.Maka susahlah begitu untuk kita adakan pilihan raya kampus.

Tuntutan kelima mereka pula ialah ‘ Memansuhkan sistem e-voting’ di universiti-universiti yang sedang menggunakan sistem ini. Saya teringat Pilihan Raya Kampus yang lepas di Universiti Malaya, di mana Pro-Mahasiswa Universiti Malaya telah mengadakan bantahan terhadap Pilihan Raya Kampus lepas di mana mereka mengatakan system e-voting yang digunakan oleh pihak pentadbiran universiti adalah tidak telus.Kemudian mereka membawa masuk suruhanjaya bebas untuk memeriksa integriti sistem tersebut. Keputusannya, suruhanjaya itu mengatakan tidak ada apa-apa masalah dengan sistem e-voting yang digunakan oleh pihak universiti.

‘Tarikh pilihan raya kampus diumumkan lebih awal’ sepatutnya tidak menjadi isu dan dipolitikkan.Hal ini kerana Majlis Perwakilan Pelajar akan dibubarkan  selepas setahun mereka berkhidmat dan notis akan dinaikkan dalan kampus beserta tarikh pilihan raya kampus.Saya tidak nampak ini sebagai satu masalah tetapi ia seperti dipolitikkan oleh pihak tertentu.

Tuntutan ketujuh yang dikemukan oleh pihak Pro-Mahasiswa  ialah ‘Tempoh berkempen dipanjangkan selama satu minggu’. Tuntutan ini  adalah tidak berasas kerana kempen selama seminggu ini adalah terlalu lama dan juga akan memberikan impak negatif kepada mahasiswa/I di kampus. Hal ini kerana kita perlu memikirkan tentang kuliah dan kelas yang masih dijalankan waktu pilihan raya kampus.Kita tidak mahu kempen selama tujuh hari bekerja ini menyebabkan kebanyakkan mahasiswa/I tidak berasa selesa  dengan keadaan ini.Pada hemat saya, biarlah tempoh kempen paling maksimum adalah 4 hari kerana kempen yang terlalu lama juga tidak akan memberikan faedah kepada mahasiswa/I di kampus.

‘Berikan cuti pada hari penamaan calon dan pembuangan undi’ ialah tuntutan terakhir daripada Pro-Mahasiswa. Saya tidak bersetuju dengan tuntutan ini atas 2 sebab.Pertama, jika cuti ini diberikan ,maka ia akan akan menganggu perjalanan kalender akademik yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.Hal ini akan memberikan kesan kepada pengajaran dan pembelajaran di fakulti-fakulti. Sebab kedua ialah adakah wujud jaminan yang mahasiswa/I akan turun mengundi jika mereka diberikan cuti pada hari penamaan calon dan hari pembuangan undi?Sesetengah mahasiswa akan lebih memilih untuk keluar dari kampus dan melakukan aktiviti berbanding untuk turun mengundi.

Saya melihat memorandum yang dihantar oleh pihak Pro-Mahasiswa Nasional ini lebih hanya pada retorik walhal merekalah yang mencabul dan mempolitikkan isu-isu dalam kampus dan juga negara. Jangan kita membawa masuk budaya politik luar ke dalam kampus,biarlah kita sebagai mahasiswa terus berpegang kepada kaedah,diplomasi, realistik,rasional dan toleransi tanpa dipengaruhi  oleh unsur emosi kerana kaedah yang digunakan ini pastinya mempunyai kekuatan tersendiri.

AHMAD WAFI BIN SAHEDAN

Posted by: mppusm | February 6, 2011

Oh Aspirasi Gadisku ~

Posted by: mppusm | November 27, 2010

Encouraging Young Talents

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin meeting participants of the Malaysia Young Leaders seminar in Parliament House yesterday. Accompanying Muhyiddin is Dewan Negara President Tan Sri Abu Zahar Ujang (third from left) and Deputy Speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (left). — Picture by Bernama

Read more: Muhyiddin: Don’t be fooled by half-truths http://www.nst.com.my/nst/articles/muhi/Article/#ixzz16QjJYVj0

Banjir yang melanda di beberapa kawasan di Kedah, Perlis dan Kelantan telah menyebabkan penduduk-penduduk di kawasan tersebut telah mengalami kerugian yang besar tidak kurangnya juga ada keluarga yang telah mengalami kematian ahli keluarga mereka. Banjir besar yang melanda ini adalah antara yang terburuk yang pernah dialami oleh rakyat Malaysia. Pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan pantas dan segera dalam membantu mangsa-mangsa banjir yang berada di Kedah dan Perlis.

Selepas itu, kita dapat melihat ramai pihak yang memberikan bantuan termasuklah Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga parti-parti politik. Usaha yang ditunjukkan ini menunjukkan bahawa kita walaupun berbeza ideologi tetapi apabila munculnya isu-isu yang berkaitan dengan kemanusiaan, kita akan bersatu.Tetapi satu persoalan telah ditimbulkan oleh saudara Jabdin Juhat pada artikel beliau dalam Sinar Harian yang bertarikh 18hb November pada muka surat N16  yang bertajuk “Mana Mahasiswa Bantu Mangsa Banjir” (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8417852.asp ).

Saya begitu terkejut membaca artikel tersebut kerana ia menggambarkan mahasiswa pada hari ini seperti tidak melakukan apa2 terhadap isu-isu semasa yang berlaku di tanah air kita ini. Saya melihat terdapat dua perkara penting dalam artikel ini, yang pertama adalah berkaitan dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan yang kedua adalah berkaitan dengan isu banjir yang melanda kawasan utara baru-baru ini.

Persoalan pertama yang ditimbulkan adalah berkaitan dengan hala tuju Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sekarang. Saya tidak pasti sama ada saudara Jabdin ini  membaca surat khabar ataupunmendapat sumber daripada pemimpin mahasiswa sendiri berkaitan tentang mesyuarat MPPK pada 6hb Ogos 2010 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri iaitu Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Yasin. Dalam mesyuarat tersebut terdapat lima kertas kerja yang telah dibentangkan kepada pihak kerajaan untuk pertimbangan iaitu “Siaran Televisyen Sebagai Medium Pembentukan Masyarakat” , “MBE: Satu Transformasi Ketidakbergantungan Mahasiswa” , “Pelan Transformasi Drastik Ke Arah Melahirkan Masyarakat Yang Sensitif Dan Cakna Isu-Isu Alam Sekitar” , “Transformasi Pendidikan Tinggi Ke Arah Graduan Berketerampilan” dan “Memperkasakan Program Pertukaran Pelajar – Outbound & Inbound”.

Selain itu satu seminar iaitu Seminar Islamisasi Industri Hiburan 1 Malaysia yang berkaitan dengan islamisasi hiburan  tanah air juga telah diadakan  anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Unisza dengan kerjasama MPPK pada bulan Oktober yang lepas. Selain itu, kami juga telah bersetuju untuk melakukan kutipan derma bagi membantu penduduk Palestin dan kutipan derma tersebut diserahkan mengikut universiti masing-masing.  Kami juga ada menyuarakan kepada pihak-pihak kerajaan berkenaan isu-isu PTPTN, 1 Malaysia, Bajet 2011, mahasiswa berpolitik dan lain-lain lagi.Tetapi yang pastinya, apa yang kami lakukan ini bergantung juga kepada media untuk menyiarkan perkara-perkara yang dilakukan oleh kami ini.

Saya dan rakan-rakan pemimpin mahasiswa tersenyum apabila membaca tentang isu banjir dalam artikel tersebut . Dalam artikel tersebut menyatakan bahawa kami mahasiswa seperti tidak melakukan apa-apa untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Untuk pengetahuan semua, beberapa university telah menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah dan Perlis walaupun ada kekangan seperti masih dalam minggu peperiksaan dan pelbagai lagi. Universiti-universiti yang terlibat dalam menghantar sukarelawan-sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa ini seperti USM, UIA, USIM, UUM, Unimap, Uitm, UPM dan beberapa buah universiti lagi.Sebagai contoh Universiti Sains Malaysia telah menghantar sukarelawan seramai 120 orang walaupun masih dalam minggu peperiksaan pada 12-14 November baru-baru ini ke negeri Perlis. Universiti Islam Antarabangsa pula telah menghantar sukarelawan sebanyak dua bas  pada tarikh yang sama  ke kawasan sekitar Jitra dan Alor Star. Adakah ini menunjukkan kami tidak peka dengan keadaan sekeliling?

Saya mewakili kepimpinan mahasiswa berasa begitu terkilan dengan beberapa ayat dalam artikel saudara Jabdin yang memberikan gambaran negatif kepada semua mahasiswa. Pada pandangan saya, peranan media juga penting dalam hali ini. Jika saudara Jabdin mengatakan bahawa kami perlu berbakti supaya masyarakat dan kerajaan menghormati mahasiswa, saya juga ingin mengatakan kepada saudara supaya menghormati mahasiswa sebagai salah satu elemen penting dalam pembangunan negara pada masa hadapan.

Ahmad Wafi Bin Sahedan

Jurucakap,

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK),

Sidang 2009/2010.

YDP MPP USM sidang 2009/2010.

Posted by: mppusm | November 2, 2010

Tindakan Siswa Di Galas Selepas Teliti Laporan Polis

Kuala Lumpur, 1 Nov (Bernama) – Kementerian Pengajian Tinggi akan hanya memutuskan bentuk tindakan terhadap empat penuntut institusi pengajian tinggi, yang didakwa terlibat dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas menerima laporan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Kelantan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) bagaimanapun berkata jika peristiwa sedemikian berlaku, lazimnya kementerian akan dimaklumkan dan kemudian menyerahkan kepada pihak universiti untuk menjalankan siasatan.

“Dalam hal ini, polis sudah pun melakukan siasatan. Oleh itu, kita akan melihat apakah tindakan yang boleh dilakukan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada hari Isnin.

Semalam, empat mahasiswa iaitu Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar, Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli ditahan polis pada kira-kira 1.30 petang ketika menyebarkan risalah menyeru penduduk tempatan menggunakan hak demokrasi mereka untuk mengundi.

Posted by: mppusm | November 2, 2010

Selamat Menghadapi Peperiksaan wahai rakan-rakan..

Posted by: mppusm | November 2, 2010

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat

Pada 23 Oktober 2010, Majlis Perwakilan Pelajar USM telah menyegarkan semula cara berpolitik di kampus apabila memulakan persidangan Parlimen Mahasiswa atau Dewan Perundingan Pelajar di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mesyuarat Dewan Perundingan Pelajar (MDPP) yang berlangsung selama sehari dan telah membahaskan 19 usul telah mencorak satu landskap baru bagi persekitaran politik kampus di Malaysia. Majlis Perwakilan Pelajar USM bersama Wakil-wakil Kelab dan Persatuan telah berjaya membuktikan bahawa Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) tidak menghalang mereka untuk berpolitik dengan bijaksana dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pelajar di universiti.Secara keseluruhannya, usul yang dibentangkan dalam “Parlimen Mahasiswa” adalah bersifat konstruktif untuk kebajikan mahasiswa.

Usul-usul Yang Telah Dibahaskan :-

USUL 1

1.   Perbelanjaan dan belanjawan kewangan semua jabatan USM harus diumumkan.

2.   Wang  Simpanan Universiti Dikhabarkan Tiada Tetapi Pembaziran Tetap Ada

USUL 2

1.    Program universiti terlalu mendesak MPD mencari penglibatan penghuni

2.    Program-program universiti

USUL 3

Penguatkuasaan Pemakaian Lanyard Semasa Memasuki Perpustakaan

USUL 4

Kekurangan bas untuk kegunaan HEP/Persatuan sahaja di Kampus Kejuruteraan

USUL 5

Permohonan Perkhidmatan Internet Berjalur Lebar Tinggi, “New Open Acess Network”

USUL 6

Kemudahan Prasarana Di Desasiswa Tidak Memuaskan

USUL 7

Persatuan Seni Mempertahankan Diri Tidak Dijadikan Sebagai Ko-Kurikulum

USUL 8

Pertandingan Yang Dianjurkan Oleh Kampus Induk Tidak Efisien.

USUL 9

Kemudahan Sukan Yang Tidak Memuaskan

USUL 10

Pilihan raya kampus perlu berasaskan parti atau berplatform.

USUL 11

Menuntut kerajaan negeri Pulau Pinang membenteras isu merempat dikalangan rakyat.

USUL 12

Mendesak parlimen negara Malaysia menggubal satu rang undang-undang berkenaan masalah “menghidu gam”.

USUL 13

Penggunaan ‘SECURITY CARD’ di kawasan Kompleks RST bagi mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta serta mengetatkan penggunaan kenderaan (kereta) terhadap pelajar.

USUL 14

Laluan sehala RST terus ke foyer DK W

USUL 15

Mahasiswa Berpolitik

USUL 16

Elaun kepada Ahli-ahli dalam Dewan Perundingan Pelajar

USUL 17

Penglibatan suara mahasiswa dalam penentuan dasar-dasar dan polisi-polisi universiti yang berkaitan dengan mahasiswa.

USUL 18

Menolak cadangan CUEPACS yang ingin melanjutkan usia persaraan penjawat awam dari 58 tahun kepada 60 tahun.

USUL 19

Mahasiswa dan Politik Kepartian

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.